Sabtu, 23 Jun 2012

Pesta Pantun Bestari 2012

Assalamualaikum w.b.t

Entri lepas dah janji nak share macam-macam cerita kan . Okay, let's start with Pesta Pantun Bestari 2012 :)

Untuk pengetahuan semua , ini tahun kelima penganjuran Pesta Pantun Bestari (PPB) oleh Kolej Kediaman Ke-4 ,Universiti Malaya dan ini merupakan pengalaman baru bagi saya (Y) . Bagi sesiapa yang selalu bukan TV1 , mesti pernah tengok program ni. RTM rakam tau.Dilantik sebagai AJK Perhubungan Awam , banyak kerja-kerja berkenaan jemputan IPTA yang perlu dilaksanakan . Senang cerita , kami lah yang uruskan hal-hal IPTA yang masuk bertanding . Program berlansung pada 5 April - 8 April yang lepas . Antara IPTA yang masuk ; UM sendiri , UKM, UIA, UMS, IPG Kampus Bahasa Melayu, UiTM Melaka, USM, UniSZA, dan banyak lagi.

Kiri ; Pengarah 

* * *

Mega berarak indah berbalam, 
Dipuput bayu ke pohon ara; 
Pemanis kalam selamat malam, 
Awal bismillah pembuka bicara. 

Haaaa, dah start dah . hehe . Sepanjang penglibatan saya dalam projek PPB ni , semua orang asyik berpantun je .  Nampak tak kami sedang memartabatkan bahasa melayu . Bukan calang-calang orang boleh berpantun ni . Peserta yang datang bertanding pun hebat-hebat belaka . Antara saingan senget UM , UIA , UniSZA , USM.



* * *
Selain memartabatkan bahasa melayu , kami sesama AJK dapat mengeratkan silaturahim . Mula-mula memang semua sombong-sombong , bila dah berjalan program selama empat hari ni , masing-masing dah mula tegur sapa . Sepanjang program ni berlangsung , kerjasama amat diperlukan . Sebab program ni bukan macam kat sekolah , ada cikgu yang pantau . Tapi kami sebagai ajk yang sama-sama menjayakan program ni. Memang seronok habis la join projek ni dan tak rugi pun tak cuti midsem haritu . (;

hihihi.
Antara orang kuat PPB (:
Dan Kuat ...
 
k.pika, k.ecah, linn, k.nisah
Daun , k.ecah, k.atin

* * *
Bagi tahun 2012 , juara untuk PPB ialah Universiti Sains Malaysia (USM) manakala naib juara disandang oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Dua-dua pasukan sama-sama hebat sampai juri pun susah kot nak pilih . hehe . Jangan tanya kenapa UM tak masuk final . saya takda jawapan untuk soalan itu . ^^
Malam penutup berlangsung di Dewan Tunku Canselor , UM. Malam tu , RTM datang buat recording dan dengar cerita akan ditayang kat TV1 masa bulan bahasa . Tunggu ya !

Antara barisan juri . Ye , itu Ahmad Fedtri Yahya
USM bersama pengiring

UIA bersama pengiring
* * *
Okay la. sampai sini saja entri kali ni .Next entri bakal menyusul ye .Tunggu ya ! hehe . Semoga ikatan persaudaraan sesama ajk PPB'12 ni berkekalan . oh ye , sebab kami dah penat buat keja , pengarah janji nak bawak pegi trip naik sem ni . Mesti best kann . hehe . 


" Yesterday is History . Tomorrow is Mystery . Today is a Gift  "

Semoga bertemu lagi .

In case nak tengok gambar lagi ; Facebook Pesta Pantun Bestari 2012



Nota 1 : Hensemnya pelakon cerita korea ni . #secretgarden ((:






Tiada ulasan: